Blogger Template by Blogcrowds

beta sayang mak!


setiap hari adalah hari yg terbaik diciptakan Tuhan utk mereka yg mengerti dan memahami kekuasaanNya. begitu juga hari ini. entah dimana sejarah bermula, aku kurang periksa. namun, satu dunia tahu bahawa tarikh yg dikatakan keramat iaitu 11 Mei adalah Hari Ibu. hari yg ditujukan khas buat wanita sebenar (bukan wanita jadian) yg bergelar ibu. meraikan mereka pd hari ini di anggap wajib utk menunjukkan betapa kasih dan syg kita pd insan bergelar ibu; atau apa jua panggilan yg anda berikan pd ibu anda. seperti aku, aku senang memanggil wanita plg mulia itu sbg MAK sbgmana aku senang membahasakan diri sbg Beta dgnnya.

apa yg menarik utk aku ceritakan hari ini? humm..tepat jam 9am aku menelefon Mak. tp ayah yg menjawapnya. selesai berbual ngn ayah, telefon dihulurkan pula utk aku menyambung perbualan dgn mak. seraya mendengar suara mak di talian, aku terus menitipkan kata, 'selamat hari ibu. beta syg mak.' bergetar suara aku begitu juga suara ibu kesayangan itu. aku tau matanya bergenang, krn saat itu aku juga sama. dan kala aku menaip ini juga, mataku masih berair. sayu mengenang pengorbanan mak selama ini. mmg xterbalas walau ku serahkn jiwa ku. di akhir perbualan aku menyatakan terima kasih utk segalanya dan sekali lagi mak seolah mahu menghamburkan airmatanya mendengar kata2 itu. dan aku, jika mampu, ingin sekali memeluk dan menyatakan semua itu didlm dakapan mak. Insya Allah, aku xkan menghampakan mak. byk dosa yg masih belum kupohon ampun padanya...

khas buat Mak....

Mak, Beta tau beta bukan anak yg baik, terlalu byk beban yg harus dikau pikul, malah hingga kini beta tetap perlukan bantuan mu, walau basah tubuh ini dgn keringat, xsama dgn setitis airmatamu.

Mak.. Ong, Beta dan Ayu syg dgn Mak, kami sedar kami selalu buat mak menangis, bergegar tiang Arasy' tiap kali airmatamu gugur, beta menyesal, benar2 menyesal, xbyk dpt beta berikan atau hadiahkan, cuma doa kupohon kpd Allah Yg Esa, doa seorg anak yg derhaka dan berdosa, agar kau sentiasa bahagia dan menjadi temanNya di syurga, kerana disitulah tempatmu...

Mak,
walau apa terjadi beta xkn meninggalkn, mak percayalah, kita akan bahagia selagi mendapat izinNya, satu sumpah yg perlu mak tahu, beta sayang mak selamanya dan terima kasih utk segalanya.....




ps:buat seorg teman, maafkan ibu walau sebesar mana kesalahannya. walau seburuk atau sejahat mana pun dia, syurga itu tetap dibawah telapak kakinya.

0 - comments:

Newer Post Older Post Home