Blogger Template by Blogcrowds

Terima Kasih Mak..Terima Kasih Ayah..


Saban tahun kita akan merayakan satu hari yg dikatakan hari paling penting bilamana kita bergelar Ibu atay Ayah. Sambutan hari tersebut dirayakan di seluruh dunia tanpa mengira pegangan agama, bangsa, budaya, bahasa atau apa jua perbezaan yg wujud di maya pada ini.. sesuatu yg menarik bukan? Kalau bicara soal perang misalnya, pasti akan ada sempadan atau halangan yg memisahkan dua negara. Itulah penangan kasih ibu dan bapa pada dunia. Namun aku kurang setuju mengapa hanya satu hari sahaja yg dikhususkan untuk menghargai jasa kedua mereka yg bagiku tiada nilai walau seluruh hari sepanjang tahun dimuliakan untuk mereka. Entahlah..aku sendiri x pasti… walau apapun, aku masih terdorong mengikuti budaya yg dari mana wujudnya ini untuk mengucapkan salam syukur atas kehebatan cinta kedua org tua ku pada hari tersebut. Mungkin aku xmampu (sebenarnya boleh klau aku jimat) untuk membawa mak+ayah ku utk berjamu di mana2. tapi aku tetap berbangga menjadi anak pertama drp 3 beradik yg ‘wish’ mak+ayah pada tika itu..hehehe… agak menarik untuk membicarakan soal kebanyakan masyarakat hari ini yg sanggup berhabis sakan membawa parents mereka menyaksikan pertunjukan artis sempena perayaan ini. Kn lebih bagus bawa org tua tu ke mekah untuk menunaikan umrah atau haji jika kamu benar2 mampu? Opss…no komen la kn.. itu mungkin cara mereka menghargai parents mereka. Siapa aku untuk menjadi hakim dlm soal itu? Biarlah luncai terjun bersama labu kerana luncai xsuka naik sampan…x gitu??

p/s: Buat mak+ayah ku yg aku yakin takkan pernah membaca blog aku ini, aku mahu kamu tahu bahawa ‘Beta sayang sangat pada mak+ayah. I love u more than anything!!’

0 - comments:

Newer Post Older Post Home