Blogger Template by Blogcrowds

Ramadhan Al Mubarak





Salam Takziah



Al Fatihah...

buat pertama kalinya aku dgn rasa rendah diri n hinanya ingin memberitahu bahawa buat kali pertama seumur hidup aku, aku memangku dan mengangkat tubuh yg tidak bernyawa lagi untuk dimandi dan dikapankan..bukan nya org lain, tp mak uda aku sendiri. entahlah, masa aku lakukan perkara itu, aku rasa beban yg amat sgt..bukan kerana mayat itu, kerana tubuh mak uda aku rasa ringan seperti kapas. tp sbb aku rasa bhw aku amat berdosa dan xlayak mendapat pahala begitu besar pd hari itu. kn org kata, memenuhi fardu kifayah itu trlalu besar pahalanya...

sebenarnya aku keja pagi tu. mak tepon dan menyatakan mak uda meninggal dunia pagi ini dlm sedu sedan. aku ada ceritakan perihal mak uda dlm entri yg lepas.aku sempat menenangkn mak sbb aku pon turut mengalir airmata walau dia xnmpk..lepas dpt pelepasan utk balik awal dan menelefon adik beradik aku, aku terus balik umah dan ke sg buluh ambil adie sbb dia sudi temankan aku balik kg.

xbyk yg dpt aku aku katakan dan gambarkn..cuma airmata n dada terasa amat sempit bila melihat keranda diamsukkn ke liang lahat. mcmana la aku nanti kn? ada ke org nk 'layan' aku sebegitu baik utk dikebumikn? entahlah..klau mengikut dosa aku ni, rasa mcm layak cmpk kt laut je kot? anyway, tq kt adie teman aku pegi balik. sure diapenat. tp dia xckp jer..biasala klau dh namanyer adie. nuren pon mesti bengang sbb bf dia kena culik dgn aku. adie sempat jugak la aku bawak melawat kg aku n berkenalan dgn makcik2 aku yg ramah tamah. dia pon dpt la merasa jejak kaki kt umah usang kt kg aku tu. nantila, ada masa, aku bawak dia lagi.

benar kata org..yg pergi xkn kembali....

Jamuan Teh n WHI - 13 Aug

seperti kebiasaan masa n ketika aku xkn melepaskan peluang bergambar dan beramah mesra dgn kamera hp sendiri xkira masa n tempat..itulah yg berlaku dan menjadi ikutan geng2 aku yg biol lagi senget nie..kitorg dok sebok bergambar lepas ada function kt lobi. ala..WHI wat live telecast n ada chef wan dtg wan masak2 la..aku xtgk pon sbb aku keja. so masa break kitong pon g la posing2 kt lobi..jamuan teh tu sbb nk kutip dana kanser. thah ya thah tidak smpi kt pesakit cancer wallahualam..yg penting aku xderma sesen pon!!opsss.....

~"jay, aku ingatkn ada burung",kata wan.then aku ckp "hek ko!!"~

~humm cantek....bunga!~

~besaunyer cawan..ada gergasi ker?~

~fara pose manja~

~aku ngn fara~

ni lagi satu enda yg bukan aku yg patut buat ye..mana perginya ibubapa sebenar..?huh...nasib baik la aku ni seorg uncle yg baik hati dan sanggup melayan satu2nya anak buah kesayangan..ala..bukan susah pon..bwk budak tu g bukit cahaya seri alam/bukit cerakah n biarkn je dia main2 kt situ..

tadika dia wat hari keluarga kt situ. kakak aku n laki dia ada hal.kakak aku exam.n laki dia plak kena stayback kt opis.sbb dh janji nk bwk anak diorg g,maka aku n adik+sepupu aku si degun tu pon berangkut la ke bukit tu seawal kul 8pagi...awal ke??haha...

sampi sana dh ramai yg ada..semua adalah bapak2 n mak2 yg patut aku panggil abg n kakak yee!!xde pon yg nmpk sebaya ngn aku..yg sebaya ngn si nawfal tu ramai la..huhuhu...anak ikan katanyer!!sungguh xde maknanyer..ia adalah hari keluarga yg bertemakan kembali ke kampung..ada la org anyam ketupat,main boling guna kelapa, tarik upih,main gasing,batu seremban n mcm2 lagik la..tetiber kul 10 lebih hujan turun mencurah2 tanpa ada warning! terus patah hati nk enjoy lagik.kitorg pon get ready utk balik n smpi umah terus membuta xsedar diri smpi kul 4ptg. si nawfal plak dok main je kt umah tu n wat bising kacau aku tido..


~dh nk balik dh nie~





~pak imam main drum n gitar!kelasss.....~

~dh la kena tarik upih pastu kena amik gambar..hampehh tolll....~





ala..bkn aku nk g sgt pon..tp sbb si safwan tu ajak so aku temankan le..sebab kwn2 katanyer..lgpon aku mmg suka tgk live band perform. ada kick! klau setakat nk miming2 jer..boleh blah la weii.. competition ni buat kt the beach. saper menang dpt g jepun. klau kalah pakai selipar jepun je la..ekceli kwn2 si safwan ni masuk gak competition ni. sbb tu dia eager sgt nk g. kwn aku plak si andrew n raksasa band dia xmasuk. xtau la sebab apa. bila aku tanya, dia just say NO. wateva la...ada aku kesahh?? bdw,kt situ aku jumpa bdk skolah menengah aku yg mmg kaki jamming.dia ingat aku ada bank jugak ekk?? aiyoo...aku xlayak la nk pegang gitar..giler ke apa kn??anyway aku mmg enjoy even penat seharian!!

Main Boling - 25 July


~kitorg ni muka2 yg top 5 taww!!~


Semuanya kelam kabut! Tu jer yg aku mampu ckp pasal main boling aritu. Kelam kabut pasal semua ‘juara’ main boling! Hahaha…abes kiri kanan longkang tu jadik tempat bola tu meleret..but its really happening dat day..masing2 nk tunjuk terrer la konon..well, ini la 1st time Kavitha suruh aku wat event luar drp contact centre. Klau x, asyik terperap je la miting kt opis tu..huhhu..ada perubahan katanyer..bagusla tu..so jgn la ckp bos aku tu xbaik lagi..(tp aku stil geram gak kdg2 kt dia tu). Xsemua dpt hadir even ada yg telah mengesahkan kehadiran. Cewahh…..tp ok la tu. Semua org yg dtg mmg best2 belaka. Main boling lebih gelak drp pin yg jatuh..kitorg start lepak kt White Coffee kt ampang jaya, then main boling 2 game, pastu g dinner kt Studio 5 n then balik. Tp pastu ada org giler ajak g Port Dickson..hahaha….mmg meraban..meroyan masing2 mlm tu..whole day bejalan xhenti2..balik umah membongkang sampai tghari…(ada org jeles aku g PD)

Anniversary utk PCMC-10 July

Klau sebut anniversary mesti terbayang dlm kepala otak akan ada majlis or pesta perayaan kn? Pastu ada makanan dan hadiah. Mcm tu la jugak yg berlaku lebey kurang masa pcmc sambut ulangtahun aritu. Xde la hebat sgt. Tp dgn tema ‘Hawaii’ aku rasa masing2 cuba untuk menjadi se’hawai’ yg mungkin termasuk la aku. Nasib baik la xde yg pakai bra tempurung kelapa. Kalau ada yg wat mcm tu, siyes aku ‘sembah ratu’ kt dia. Plg melampau pon setakat pakai pario ikat kt leher jer la. Kira seksis la tu. Yg jantan plg seksi pakai suar hawai je la. Xde yg tunjuk body pon. Ingatkn ada la yg pakai bikini ala2 baywacth tp xde. Semua org mmg sporting termasuk la CEO n MD yg xtau malu tu. Hahaha….sambutan dibuat kt lobi je. Ye la, dgn alasan nk semua staf leh dtg n nk share happiness dgn patients. Wateva la kn..ada show drp staf n ada anugerah cemerlang utk staff. (kalau setakat basuh rambut pesakit then dpt award, aku pon boleh!!) well..ada aku kesahhh??


p/s: thun depan aku ada lagik ke nk celebrate anniversary? Insya Allah…

Hepi besday Mak! - 21 July


Aku jadik org pertama lagi yg wish hepi besday kt mak tahun ni. Well, aku rasa mmg setiap tahun aku je jadik org pertama yg wish. Kakak n adik aku tu xde perasaan or x perasan kot? Huhuhu…anyway aku sentiasa mahukan mak aku sihat dan gembira. Beta syg mak!

p/s: niat aku nk bawak mak ayah g mekah akan kesampaian ke?

Mak Uda dan Hospital Selayang


Mak uda adalah kakak kpd mak aku yg tinggal kt sg besar. Salah sorg anak dia ni adalah eorg pelakon drama kt tv. Xpayah la aku sebut coz nanti org kata aku tumpang glamer plak. Sbb aku mampu mencari my own limelight ok! Well..aku bkn nk citer pasal glamer or popular kt entri ni. Mak uda ni dh semakin uzur. Drp mendapat rawatan kt hospital klang hinggalah ke hospital selayang, terlalu byk sgt ujian dan rawatan yg dia terima. Aku tau tubuh badan dia yg uzur tu xmampu menahan pelbagai ujian tersebut tp dia tahan jugak. Masa aku melawat dia kt selayang tu aku tanya doctor what exactly happen kt dia. Doc ckp diorg dh masukkn tiub kt bdn dia coz dia ada byk penyakit. Mak uda aku I jarang g spital. Klau demam or pening dia akan makan panadol or just g clinic jer.kdg2 dia amik umah sensei drp kedai cina. Rupanya dia menderita terlalu byk penyakit dalaman yg dia sendiri xsedari. So bila masuk spital semua org terperanjat dgn hasil ujian. Plg aku sedih ialah bila doc ckp, dia dh xde harapan lagik. Berair mata aku siott!! Mmg benar setiap yg hidup akan mati. Tp bila berdepan soal begini xde saper yg mampu menahan perasaan kn? Aku Cuma mampu berdoa segalanya dipermudahkan oleh Allah Ta’ala bgnya nanti. buat ahli keluarga mak uda, aku hanya inginkan kamu semua bersedia menerima dan bersabar. Masa aku kt hospital selayang tu aku rasa sesuatu yg buat aku merenung sekitar. Bukan apa, aku juga bekerja di hospital tp bila berada di sana aku rasa sgt berlainan. Mmg aku rasa setiap pesakit kt pcmc ni amat bertuah. Layanan kelas pertama dgn situasi yg seolah berada dlm hotel. Apa lagi yg kita harapkn kalau nk dibandingkan dgn spital lain kn? Bukan aku mengeji hospital kerajaan (mak ayah aku keja kt HKL berpuluh tahun) tp aku rasa dh tiba masa perkhidmatan kesihatan kt Malaysia ni di naik taraf. Aku xkata pcmc terbaik tp byk yg boleh diperbaik dgn melihat contoh2 baik kn?

p/s: artikel pasal kemewahan pcmc - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

H1N1


Selsema babi. Aiyoo mcm xelok je sebut babi kn? Kalau dulu2 aku ckp babi mesti dh kena cili mulut aku dgn mak. Aku ada gak terpikir kenapa diorg xbagi nama selsema khinzir jer? Susah nk sebut agaknyer.. sejak H1N1 ni melanda dunia, aku rasa semua org takut nk travel jauh2. byk iklan suruh cuci tgn, tutup mulut klau bersin or batuk even aku tgk ramai yg batuk or bersin ikut sedap mulut jer sampai air liur yg tersembur tu dh mcm kipas angin kt starbuck yg ada kuar air tu je. Tp xde plak iklan suruh jgn mkn babi. Pelik kn? Kalau aku tgk babi, aku pon xtau diorg tu selsema ke x. klau babi selsema dia g clinic mana ek? Kt pcmc ni semua org diwajibkan g disinfect tgn dgn cecair nyahkuman dan disaran pakai mask (ala2 maskman. Tp aku tau yg pakai mask tu sure veranagan mcm doctor kt bilik bedah kn??). setiap kali masuk keja kena check demam. Nurse tu guna alat yg mcm pistol tembak kt dahi dgn laser n dpt bacaan temperature bdn. Well..pcmc kn pendahulu dlm teknologi kesihatan kt Malaysia ni. Apa pun aku bangga coz setiap langkah keselamatan yg diambil pcmc dlm memastikan setiap staf mahupun pelawat dan pesakit yg keluar masuk diberi keutamaan. Tak le mcm sesetgh tmpt yg xpedulik pon pasal kes babi selsema nie. Kt Malaysia ni byk kes import jer yg telah menular ke byk sekolah dan tempat2 lain. Skolah kena tutup dan murid2 kena kuarantin dh lalu sgt aku baca dlm paper. Moga2 semua ni akan berlalu dan aku doa segalanya akan mejadi baik selepas ini. No more selsema babi!

p/s: sian kt babi kn?

Farewell Kak Fazi - 14 June






Aku rasa mcm xlengkap je hidup aku kt pcmc ni klau xde farewell utk kwn2. ada je yg pergi even ramai jugak yg dtg. Kali ni exec yg ganti tempat Thomas. Blom pon berapa lama dia kt sini. Dh ilang drp mata even masih melekat di jiwa. Kak fazi ni dh kira mcm mak kitorng. Mmg la ada yg xsuka kt dia atas sbb2 peribadi yg aku malas nk cmpur, tp bg aku dia amat bersungguh2 berjuang utk kami. Kerana dia jugak la, ramai yg bukak mata pasal staf ctc ctr yg sebelum ni di anggap xpenting. Byk benda yg dia ubah yg aku dan kwn2 lain suka. Mmg dia nmpk lembut tp dia tegas. Skrg ni dia kembali ke kampong halaman menyahut laungan nurani seorg yg bergelar kakak yg sedang berjuang untuk terus menghirup udara dunia sebelum menghembusnya buat kali terakhir. Kak fazi terpaksa berhenti kerana nk menjaga kakaknya yg derita penyakit celaka, kancer. Moga Allah membalas budinya. Buat kak fazi, percayalah, setiap individu did lm opis ni merindui dan mahukan u kembali kpd kami segera semula utk menjadi penyelamat kami.


p/s: gerai nasi ayam antarabangsa kt pandan tu dh rugi coz kak fazi x dtg lunch kt sana lagi.

Perginya seorang Raja


Klau nk kira, ada aku kesah bila Michael Jackson dh xde kt dunia nie? Bukan dia kenal aku pon. Lain la aku ni doctor peribadi dia atau aku ni Diana Ross atau Liz Taylor kn? Sure MJ kenal aku..tp sebab dia tu ‘Raja’ (dia raja negara mana ekk??) maka seluruh dunia seolah2 suram kehilangan nya. Mana taknyer, tokey lilin terus kaya dpt untung billion2 coz semua org nyalakan lilin kt MJ demi memperingati dia. Setiap stesen tv sibuk nk tunjuk siapa plg hebat dlm menceritakan pasal MJ kt dlm pelbagai progam terbitan mereka. Segala benda yg ada gambar or nama MJ akan leh buat duit. Org yg xpenah suka or kenal MJ pon ikut sama beli or dgr lagu2 dia. Soal dia benar2 Muslim atau tidak pon xdiperdulikan org. keranda emas yg menyimpan mayatnya buat aku rasa sakit jiwa sbb baik duit beli keranda tu bg kt anak yatim. Lagik elok kn? Bukanla nk kata aku ni anti MJ tp kdg2 aku rasa kita nie terlalu melebih2 dlm sesuatu yg xsepatutnya. Aku ngaku aku suka dgr lagu2 dia terutama yg meyentuh soal sejagat. Tp aku xmampu la nk berjaga sehingga kul 2-3 pagi sbb nk tgk ‘konsert’ pengebumian MJ. Pelbagai andaian dibuat atas sebab2 kematian MJ. Soal harta kekayaan, penjagaan anak, dimana patut mayatnya di tanam dan mcm2 lagi terus menarik minat org mengikuti kisahnya sehingga hari ini. Buat peminat MJ, jgn lupa kita juga akan jadik mcm MJ. Cuma xde saper nk wat live telecast korg mati nanti. huhuhu…

p/s: ada mbr baik aku letak status kt Skype ‘may u rest in peace.. Jacko 1958-2009 :-(’ Perluker uolss?hehehe

Poppers dan dadah


Poppers-sejenis dadah ransangan yg di ambil secara inhalan atau sedutan terus. Apa bagusya poppers nie? Apa bezanyer dgn dadah lain? Sejujurnya aku tau dan pernah menghidu poppers ni sedangkan ketika itu sebenarnya aku masih xtahu atau keliru dgn apa benda yg aku hidu itu. Mungkin kerana aku terlalu ramai kawan yg terdiri drp pelbagai sisi baik dan buruk maka aku percaya apa yg dilhat dgn mata kasar tanpa menyedari ada niat buruk disebaliknya. Aku berulang kali menyatakan aku bukan insane mulia yg perlu di angkat menjadi santos atau idola sesiapa. Aku perlu byk memperbaiki diri dan terus meneroka pelbagai benda dan ‘juadah’ yg terhidang dim ka bumi dgn syarat aku bijak memerhati dan menilai segenap sudut benda itu. Buat rakan2 aku yg lain. Tolonglah jauhkan diri kamu drp benda2 merosakkn ini dan tolong jgn dekatkan aku kpd semua itu. Krn jika kamu tetap bersama memeluk dadah itu lagi, aku xkan ragu2 berlalu pergi. Fikirlah masa depan kita yg mungkin xkn terisi dgn kebahagiaan jika kita mrengkok dlm jaring besi di dalam penjara atau mungkin akan diulit tali gantung. Huhh..simpang malaikat 44! (knp ada 44 jer malaikat? Kn ke malaikat tu ada byk??) apa pun, aku mahu perang terhadap benda2 sial ni terus mendatangkan kesan positif! Aku adalah Belia Benci Dadah!!

p/s: kdg2 aku isap rokok jugak. Nk tunjuk kelakian katanyer!!





Hahaha…aku rasa lawak sgt pasal KKP ni. Sesungguhnya aku xterlibat langsung dan entah cmner aku terlibat. Apa yg aku tulis ni? Korang paham2 sendiri je la k.. semua yg kita rancang selalunya menjadi jugak la kn (even kdg2 jadik lebih teruk kn?) t papa yg berlaku pd diri aku ni kira mcm sebuah adventure yg aku suka jugak la.. bukannyer apa pon..aku just nk anta si nonok jer. Tp alih2 aku terlekat dgn diorg. Untuk semua yg tau apa real story tu sila diam2 sajork ok! Toksah nk pecah lobang plak. Anyway aku rasa hepi jugak la coz sesuatu yg aku nk lihat telah menjadi kenyataan dan sesuatu yg perlu aku ketahui juga telah terbentang di depan mata. KKP ni kira mcm annual dinner yg xberapa grand sgt la..family day la katanyer…xkisah la senah..tu jer yg Petronas mampu bagi tahun nie. Ada la acara sukan dan show from petronas staff around the globe. Budak2 pcmc ni ada la jugak yg ikut serta menjadi sebahagian drp KKP nie. Aku? Nonononono..xde masa nk wat show ‘adik2 xcukup sifat’ ni…jgn marah ekkk….Well, untuk kontigen pcmc+convention centre I wish u guys hepi always. (hadiah hamper tempat ke-6 tu aku pon ada sebat jugak tau)


p/s: ramai anak ikan yg aku taste. Tp terpaksa wat baik coz nonok g bgtau kt semua org yg aku ni bf dia. Hanj!!!


Drp persiapan membeli brg2 hantaran, buat hantaran smpilah preparation utk majlis bertunang semua aku turut serta. Kn ke aku ni kira serba boleh orgnyer..(tp bkn versatile dlm sesetgh perkara mcm ada org tu ye) degum ni yelah adik sepupu aku. Kami ni dh mcm adik beradik. Xde benda nk malu or segankn pon. Setakat gurau geletek tapak kaki tu x de hal la.. dia ni bertunang dgn abg polis (aku ada kwn suka sgt dgn abg polis. Nape ekk?) tunang dia ni org Terengganu. Insya Allah mengikut plan akan bersatu pada March tahun depan. Harap2 xde halangan. Skrg ni aku sbg weding planner dia tgh menyiapkn pelbagai benda utk hari bahagia dia nanti. aku doakan dia bahagia hendaknya….

p/s: aku tgh tggu adik aku plak. Lepas tu baru aku leh kawin. Biala dia langkah bendul..heheh


Apa menatang Grievance tu? Mengikut Wikipedia “A grievance may arise from injustice or tyranny, and be cause for rebellion or revolution.” Tu la lebey kurang maksudnyer..kalau koang xpaham, maksudnyer aku lagik la xpaham..hahaha.. ni kira kisah serius la..budak2 ctc ctr dh xtahan diperkotak katikkn oleh Kavitha lagik. Maybe buat sesetengah ex-staf yg sedang membaca entri mereka beranggapan sudah terlewat untuk berbuat apa2 tp dgn semangat yg tinggal sedikit ini, kami sama2 berkumpul dan berpadu tenaga buat kesekian kalinya cuba menghentam bukan utk menjatuhkan tapi hanya untuk meminta keadilan. (Wahh…ayat aku skrg leh tahan jugak ekk) drp 16 org officer 11 org telah mengisi borang itu dan menghantar ke Human resources. Haa..sure terkedu saper yg pk semua elok n baik je kt opis ni kn? Tp ni bukan perkara baru. Klau tahun lepas ada ‘5 Jahanam’ tahun ni plak ada ’11 Idiots’…setakat ni blom ada berita yg benar2 menggembirakan kami. Tp semua sedang bersedia kerana tahu ‘hari pembalasan’ akan kiba xlama lagik..risau aku pk apa akan jadi kt aku. Yelah..kali ni aku jd salah sorg drp Idiots tu..(aku xkata aku bodoh tp tu gelaran drp Kavitha utk kami). Affida nampaknya xmampu membantu kami sgt. Tp aku mengharapkan ada sinar buat kami. Jgn ada dendam antara pengurusan dan kami di bawah ini. Cuma berilah sesuatu yg boleh buat kami bahagia bekerja. Buat sesiapa juga yg menjadi ketua kami, aku mahu dia adil dan membantu kami sekurang2nya setakat yg dia mampu. Well, tunggu la citer selanjutnya dlm entri akan dtg. Adalah aku masih di pcmc? No komen

p/s: aku mintak tukar department. Tp HR ckp tempat tu dh di isi org lebih berkelayakan. Hancur harapan aku, adie n anis.

Masuk wad lagik!!


Aiyoo…ni kira kali ketiga la aku mendapat pakej penginapan 3 hari 2 malam kt pcmc nie..dh la pakej ni kena bayar sendiri even ada diskaun staf price tp perlu ke utk tahun ni je dh 2 kali?? Klau aku nk citer mmg menyakitkan ati jer.. anyway aku akan citer jugak la kn..sbb kalau aku xciter korang akan tanya. So baik aku citer je la.so citernya mcm nie..secara ringkasnya aku xsihat. Demam+ diarrhea yg smpai buat aku hamper pitam. Punca? Adie kata sbb makanan yg kami mkn tghari tu. Dunno la…tp aku tak sedar diri sampai ambulance dtg ‘pick up’ aku kt umah..dasat jugak kn? Apa xnyer, aku leh mandi dgn pakai baju+sluar, sepak kerusi meja kt dlm umah dan masa nk dibawa ke spital aku xtau saper yg pakaikn aku kain pelikat..huhuhu….malu la aku, org nmpk segalanya yg xpernah dipertontonkn pada khalayak umum itu!! Aku kena ikat atas stretcher. Semua paparazzi kt blok aku tu dtg la tgk aku (smpi skrg aku malu bila org tgk aku kt flat tu). Smpi kt spital aku xberapa sedar tp aku tau aku kena masuk wad n diberi ubat tido. Doctor yg check aku ckp aku ada infection dlm perut (diorg wat scope kt dlm perut. Procedure yg buat aku rasa separuh mati bila tube dimasukkn dlm tekak. Last2 diorng inject aku dn ubat pelali n wat masa aku xsedar) bila aku jaga jer aku tau semua dh siap. Well, masa aku dlm wad rupanyer byk benda terjadi. Aku g terajang abg fendi kt muka, org yg masuk bilik aku rasa ‘somting’ n mcm2 benda la. Ala2 misteri nusantara la jugak…klau crew2 seekers dtg wat shooting pon best gak.. aku g berubat lepas kuar spital. Mcm biasa la, semua tok bomoh or ustaz yg aku jump abg jawapan standart drama melayu ‘kamu ni terlangkah benda’ ‘awk ni ada benda minat nk dekat’ ‘ko ni lemah semangat. So benda2 ni senang nk hinggap’ dan mcm2 lagik la ayat2 cinta drp diorg nie. Anyway, aku rasa bertuah punya mak+ayah yg sggp bwk aku g berubat ni. Alhamdulillah skrg aku makin ok.mula2 dulu aku langsung xleh sorg2. aku akan jd takut n menggigil. Thah la, bg aku ni semua ujian Allah agar aku sedar dan berubah menjadi lebih baik drp sebelumnya. Maknanya Allah syg aku lebih drp korang..hehe… bdw, terlanjur citer pasal masuk wad ni, ramai kwn2 pcmc turut terkena tempias dan menerima pakej mcm aku. Cuma ada yg lebih lama coz best kot stay lama2 kt dlm wad tu..antaranya, eja,kak zety,hema,anis duyung,Azean,nithia,syahmi,anas etc. so lepas ni pcmc dpt byk untung coz staf pon ramai yg menginap. Then pcmc akan jadik kaya dgn untung juta2. pastu leh la bg aku bonus setahun gaji. Xgitu?? Amin.

p/s: baru bulan july tp MC aku dh negative dua hari. Ko ada mcm tu???

Norezwan

Siapa dia? Mbr aku la ngok! Xkan aku nk citer pasal jiran aku punya boifren plak kn? Dia ni kira kawan intim aku jugak la..(kawan intim tu apa ekk?) aku kenal dia ni kt club. Masa aku g ngn budak2 pcmc aritu la.. mmg b4 dis aku xde citer pasal dia kt blog aku atas sebab2 keselamatan tp skrg aku rasa xde guna untuk jaga hati org klau org xpenah pedulik pasal kehendak dan memahami kita kn? Bukanlah aku berdendam atau membenci dia nit p sekadar meluahkn apa yg terbuku dlm hati jer. Sbg seorg abang dan kawan yg cuba membantu seberapa banyak yg boleh dr segi tenaga, peluh, airmata, wang ringgit dan segalanya aku rasa bertuah menjadi sebahagian drp diri dia ni even sekejap. Dia stay kt Langat. Aku sering berulang alik bertemu dia. Untuk keluar tgk wayang, kuar lepak, g makan dan sebagainya la kn..ada masa kitorg g lepak kt bukit ampang or mandi air panas. Enjoy beb!! Aku sekadar teman dia je coz dia ni dh ada ‘teman tapi mesra’ (ala2 linda onn masa couple dgn fahrin tp xnk ngaku dulu). Aku kenal kwn2 dia yg mmg kepala giler2 jugak mcm aku even diorg ni ‘adik2’..well aku paham la coz aku pon penah jadik ‘adik2’ jugak kn…(statement menghanjing diri sendirik) dia ni aku kenal drp xde keja tetap sampailah dh dpt keja kt Menara Great Eastern Jln Ampang bulan lepas. Syukur atas rezeki yg Allah beri pd dia. Dia pon dh puas ‘derita’ xde keja. Sebenarnya xde benda sgt aku nk citer pasal dia coz xnk mengguris perasaan org or diri sendiri. Biarlah rahsia (xde la rahsia sgt coz ramai jugak yg dh tau. Bengong!) anyway, aku harap dia terus bahagia sepertimana yg dia harapkan dan terus berjaya dlm hidup.

p/s: perpisahan sesuatu yg pasti dlm hidup kn??

Tgk wayang.


Seperti kebiasaan hari2 anak2 muda masa kini yg gemar menonton wayang gambar (aku bukan kaki rempit or pe’lepak’ tegar shopping mall mcm ada org tu!) aku byk meng’kaya’kan tokey panggung dan penerbit filem dgn ‘bersedekah’ pd mereka. Nk kata aku kaya sgt tu xde la, tp drp aku beli dadah or bayar pelacur baik aku tgk wayang kn? Bak kata pak menteri, teruslah menyokong produk tempatan. (kwn aku ckp bapok kt blkg Chow Kit tu pon produk tempatan jugak kn? Humm…mak no komen la nyahhh!!!) bdw, kebanyakan citer yg aku tgk sumer citer over the seas..citer omputih. Tp tgk kt Malaysia la..arghh..lantak la kan.aku rasa citer melayu terakhir aku tgk pon (setelah dipaksa oleh Ridz) ialah Jangan Pandang Belakang Congkak. Haa..korang jgn gelak k! aku sekeh kepala ko kang!! Serius nyer, citer2 yg aku dok tgk terlalu byk drp bulan April-July nie..yg mana org kata best aku layan. Termasuk la satu citer seram (aku xsuka citer seram coz aku rasa bodoh dgn menakutkan diri sendiri) yg aku terpaksa tgk jugak demi menjaga hati kwn2. tak gitu adie+nuren?? Transformers, Ice Age 3, X-men, Upin & Ipin, Dragon Ball, byk lagik la..seperti biasa aku layan jer…klau xbest lepas abes citer aku kutuk. Klau best aku ckp ok jer sbb kalau aku puji pon bukan leh kuar paper or mags pon! Ni pon next week aku dh program dlm kepala otak n ink g layan movie lagi..tgk la samada aku g sorang or dgn geng2 aku yg ada lagi bersama aku nie…kalau korang nk join or ajak aku tgk wayang leh la…

p/s: rindu kt Wolverine..


Saban tahun kita akan merayakan satu hari yg dikatakan hari paling penting bilamana kita bergelar Ibu atay Ayah. Sambutan hari tersebut dirayakan di seluruh dunia tanpa mengira pegangan agama, bangsa, budaya, bahasa atau apa jua perbezaan yg wujud di maya pada ini.. sesuatu yg menarik bukan? Kalau bicara soal perang misalnya, pasti akan ada sempadan atau halangan yg memisahkan dua negara. Itulah penangan kasih ibu dan bapa pada dunia. Namun aku kurang setuju mengapa hanya satu hari sahaja yg dikhususkan untuk menghargai jasa kedua mereka yg bagiku tiada nilai walau seluruh hari sepanjang tahun dimuliakan untuk mereka. Entahlah..aku sendiri x pasti… walau apapun, aku masih terdorong mengikuti budaya yg dari mana wujudnya ini untuk mengucapkan salam syukur atas kehebatan cinta kedua org tua ku pada hari tersebut. Mungkin aku xmampu (sebenarnya boleh klau aku jimat) untuk membawa mak+ayah ku utk berjamu di mana2. tapi aku tetap berbangga menjadi anak pertama drp 3 beradik yg ‘wish’ mak+ayah pada tika itu..hehehe… agak menarik untuk membicarakan soal kebanyakan masyarakat hari ini yg sanggup berhabis sakan membawa parents mereka menyaksikan pertunjukan artis sempena perayaan ini. Kn lebih bagus bawa org tua tu ke mekah untuk menunaikan umrah atau haji jika kamu benar2 mampu? Opss…no komen la kn.. itu mungkin cara mereka menghargai parents mereka. Siapa aku untuk menjadi hakim dlm soal itu? Biarlah luncai terjun bersama labu kerana luncai xsuka naik sampan…x gitu??

p/s: Buat mak+ayah ku yg aku yakin takkan pernah membaca blog aku ini, aku mahu kamu tahu bahawa ‘Beta sayang sangat pada mak+ayah. I love u more than anything!!’

Newer Posts Older Posts Home