ada kalanya manusia sukar di duga. bukan semua senang akan kehadiran kita di sisi mereka. kepura-puraan sering menjadi topeng buatan yg kalis tipu. susah menjangka mereka yg bersifat sedemikian. kita mungkin telah mencurahkan pellbagai ragam rasa dan rahsia namun mereka sewenang-wenangnya menjual semua cerita itu atas dasar menjaga maruah dan peribadi. jadi dimana tempat kita sebenarnya? perlukah kita juga memakai sarung muka yg sama?
bagi aku manusia memang berbeza. bagaimana kita menanganinya adalah satu perjuangan yg sukar ditafsirkan. xsalah utk berahsia tp adalah satu dosa menyebarkn rahsia atau keaiban seseorang. itu pendapat aku..klau ada yg membantah, sila kemukan hujah anda. bukan utk berdebat, cuma sekadar meyalurkan pendapat.
aku ralat kerana sesetengah org lebih suka mengambil jalan pintas dan gemar memburuk2kan org lain. utk apa menjadi gula sedangkan hati masam bercuka? walau apa pun yg berlaku, perselisihan akan terurai jika kita bijak menyelesaikan perkara itu...
yg sudah tu biarlah berlalu..aku xmahu mati tertikam di sini...
0 - comments:
Post a Comment