Blogger Template by Blogcrowds

takdirku bagaimana?

bila kita bercakap soal bahagia, semua mahukannya. kenapa Tuhan menciptakan derita jika hanya bahagia yg manusia pinta? aku sendiri, walau jarang bertemu Tuhan, aku sering mendoakan kebahagiaan menjadi milik diriku. jadi kenapa ada derita? sbg hamba Tuhan yg sering lalai dan amat kerdil serta lemah, aku cuba mencari jawapan untuk segala kemungkinan.

bahagia amat mempersona. dilamun cinta, punya kemewahan, keindahan mmg dlm jiwa. tp semua itu membuat kita alpa. sering lupa. takdir xsemudah yg kita sangka. semua itu bukan datang bila kita menadah tangan ke angkasa.

derita buat kita sedar siapa kita. bangkit untuk membina kekuatan diri. keluar drp kehinaan. mencari kebahagian yg ada diluar sana. kerana bila dilanda kesusahan, manusia akan mula menilai diri. mereka akan mengubah atau sekurang2nya memperbaiki takdir mereka.

perlukah aku menyalahkan Tuhan kerana aku mengenali seseorang? Kutukan yg besar utk diriku. seperti yg kutanya sebentar td..kenapa derita ada ketika bahagia menerpa? bukankah klau aku tidak mengenali dia, maka aku xkan derita. aku xmahu rasa bahagia untuk sekejap cuma. kenapa takdirku menyesakkan hidupku? semenjak bertemu denganmu aku makin bahagia. aku cuba mengerti apa yg cuba disampaikan oleh Tuhan. kemulian untuk Tuhanku.

pancaran sinar yg ku xmengerti. aku perlu berundur. itu yg ku pikirkan. pepatah ada mengatakan, bulan xkan jatuh keriba. biarlah aku menjadi pungguk kaca yg pecah berderai tatkala merenung masa. aku xmampu terbang walau itu mimpiku.


biru warna langit.
merah warna hati.
cuma kelabu ada dimata.

aku hanya bersama bayang-bayang. setia bila bercahaya. hilang bila aku buta. tiada peneman di alam gelita. kau memang bayang-bayang. dicipta utk aku. pergi juga kerana aku. keajaiban rasa itu buat semua yg kulakukan seperti sebutir pasir di dasar lautan.

aku bahagia untukmu walau aku derita.

salam.

p/s:menangis ketika chat? bodohnyer aku...

1 - comments:

aku pun pernah menangis ketika chat.... tak rasa bodoh pun

21 June 2008 at 06:59  

Newer Post Older Post Home