Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

bodoh

bila seseorng yg bodoh yg pernah menyakiti hati kita tetiber dgn muka poya dan bangang dtg balik n nk jd kawan kita, apa perkara terbaik perlu kita lakukan?

  • wat bodo
  • terima jer dia jd kawan...
  • tok sah layan dia smpi mati
  • layan jer tp xikhlas

ada idea lain yg bernas?


cinta dimana?

tetiber sblm balik aku terasa emo yg amat sgt. biasala aku ni kan. tgh gelak2 pon leh emo. tp kali ni xberkaitan dgn kwn2 sekeliling aku. aku cuma sedikit sebak dan sedih membaca msg di myspace drp seorang rakan baru yg amat aku hormati dan sayangi.

dia memberitahu aku yg dia telah kecewa dgn wanita. dia mahu mencari bf. humm,xtahu samada itu keputusan wajar atau tidak. aku xmahu mengulas tentang itu. hidupku sendiri terumbang ambing dan penuh onak duri. biarlah dia dgn pilihannya.

cuma apa yg aku mahu kongsi disini ialah, dia berkata,
""at least ade org syg sy, cinta kat saya....
tp ade ker? wujud ker cinta itu?""

aku xtahu mahu bertanya siapa. xtahu mahu kemana mencari jawapan itu.kalaulah aku boleh menjelaskan pdnya. tp aku juga sering bertanya soalan yg sama.seringkali aku menangis kerana cinta.kecewa sudah jadi ubat yg harus ku telan sepanjang masa. dan apa yg aku lakukan utk mendamaikan hati aku? percaya bahawa Tuhan akan menunjukkan jalan kepadaku.

acapkali org berkata, sudah tiba masa aku melupakan yg lama. benar. aku tidak mengingati kisah silam ku walau ia sering menjelma dlm kotak akalku. aku terus berjalan. berjalan tanpa henti. mencari seseorang untuk berpimpin tangan dgn ku. masa itu sahaja yg belum tiba. semua yg muncul sekadar melewati diriku ini. xramai yg mahu berkongsi hidup dan rasa bersamaku.

buat semua rakanku yg sedang enak dilamun cinta, peliharalah ia selagi ia dekat dihati. xsemua insan mendapat peluang begitu. dan buat mereka yg sedang merintih duka, lepaskan cinta itu jika ia bukan milik kita. tak guna memegang cinta yg ingin lari.

dan aku, akan terus merindu dan merindu drp jauh...


ps:tq buat 'babe' drp myspace.

jatuh hati pd org yg salah?


apa sebenarnya yg kita fikirkan bilamana kita mula suka pada seseorng? adakah kerana wajah? status? harta? budi pekerti? terlalu byk jawapan yg aku pernah terima. setiap insan punyai alasan tentang jawapan mereka. bila ditanya pada aku, tiada apa yg terkeluar drp bibir ini, kecuali rasa cinta. aku suka pd seseorng kerana cinta. pasti ada yg tertawa tika membaca entri ini. biarlah. itu hak aku dan hak kamu utk mentafsirkannya.

cinta sesuatu yg maha indah pd yg mengerti. tp adakah satu kesalahan mencintai seseorg yg telah menjadi hak org lain? seperti suka pada isteri org? jatuh hati pada teman istimewa org lain? aku xpunya jawapan itu. tp aku tahu, cinta itu murni.

aku sering tersilap langkah. selalu jatuh hati pada insan yg telah dimiliki hatinya. seringkali cuba menjauh namun jiwa aku xtenteram. aku selalu berserah pada takdir. adakah ia mempermainkan aku? atau aku yg masih buta dan tuli tentang apa yg disampaikan oleh takdir?

smlm aku sudah menangis. begitu juga kelmarin. perlukan aku keringkan kolam airmata ini sampai tiada titisan untuk hari esok? terkadang terfikir oleh minda, adakah yg disana pernah memikirkan aku? mungkin tidak..kerana, jika kata putusnya 'ya' maka aku xkn bersedih lagi.

lalu aku melangkah. terus melangkah mencari sinar cahaya yg mmg utk diriku. sesekali aku berlindung di balik cahaya bulan. tp aku masih berkongsi dgn setiap jiwa dibumi ini. aku mahukan ketenangan dan kejujuran yg lahir drp setiap pancaran itu.

tiada apa lagi yg ku minta drp Tuhan Yg Esa. temu kan aku dgn si dia yg masih belum berpunya agar hati ini tidak derita. aku xmahu menagih kasih pd yg xsudi. dan aku xmahu menghancurkan kebahagiaan org demi kepuasaan diriku. biarlah aku beralah...

takdirku bagaimana?

bila kita bercakap soal bahagia, semua mahukannya. kenapa Tuhan menciptakan derita jika hanya bahagia yg manusia pinta? aku sendiri, walau jarang bertemu Tuhan, aku sering mendoakan kebahagiaan menjadi milik diriku. jadi kenapa ada derita? sbg hamba Tuhan yg sering lalai dan amat kerdil serta lemah, aku cuba mencari jawapan untuk segala kemungkinan.

bahagia amat mempersona. dilamun cinta, punya kemewahan, keindahan mmg dlm jiwa. tp semua itu membuat kita alpa. sering lupa. takdir xsemudah yg kita sangka. semua itu bukan datang bila kita menadah tangan ke angkasa.

derita buat kita sedar siapa kita. bangkit untuk membina kekuatan diri. keluar drp kehinaan. mencari kebahagian yg ada diluar sana. kerana bila dilanda kesusahan, manusia akan mula menilai diri. mereka akan mengubah atau sekurang2nya memperbaiki takdir mereka.

perlukah aku menyalahkan Tuhan kerana aku mengenali seseorang? Kutukan yg besar utk diriku. seperti yg kutanya sebentar td..kenapa derita ada ketika bahagia menerpa? bukankah klau aku tidak mengenali dia, maka aku xkan derita. aku xmahu rasa bahagia untuk sekejap cuma. kenapa takdirku menyesakkan hidupku? semenjak bertemu denganmu aku makin bahagia. aku cuba mengerti apa yg cuba disampaikan oleh Tuhan. kemulian untuk Tuhanku.

pancaran sinar yg ku xmengerti. aku perlu berundur. itu yg ku pikirkan. pepatah ada mengatakan, bulan xkan jatuh keriba. biarlah aku menjadi pungguk kaca yg pecah berderai tatkala merenung masa. aku xmampu terbang walau itu mimpiku.


biru warna langit.
merah warna hati.
cuma kelabu ada dimata.

aku hanya bersama bayang-bayang. setia bila bercahaya. hilang bila aku buta. tiada peneman di alam gelita. kau memang bayang-bayang. dicipta utk aku. pergi juga kerana aku. keajaiban rasa itu buat semua yg kulakukan seperti sebutir pasir di dasar lautan.

aku bahagia untukmu walau aku derita.

salam.

p/s:menangis ketika chat? bodohnyer aku...

aku tak peduli lagi

hati ku telah dicemari
pendustaan dan kebencian
kadang ku cuba bertahan
dalam kebutuhan cinta aku
ingin ku ulang rangkaian kasih ini
walau telah berakhir dengan pasti

maafkan aku, maafkan diriku
masih tertanya mengapa semua terjadi
aku bisa tanpa dirimu
aku tak peduli lagi, memang aku tetap begini

dengan kisah ini aku bersumpah
segalanya akan pergi tanpa lengah
yang malang itu amat mudah
biar sampai nanti cinta itu kembali

jantung berdegup saat itu
mengapa kusentuh tak terasa
kuhidu tiada wangi
kulihat tapi ku tak terpandang

No more I love you

Drp aku
Salam. Awk, saya tak mampu menanti lagi. Hidup saya perlukan kepastian. Awak dah tentukan jalan awak. Saya akan terus melangkah. Sendirian. Terima Kasih. Maafkan saya. Awak terlalu baik untuk saya. Saya doakan awak bahagia. Saya sekadar pintas masa yang awak berikan. Awak bebas. Cari saya bila perlu. Saya sentiasa ada. Takdir itu tiada kita didalamnya. Kisah kita cuma biasa. Tiada rasa. 'jemari dinda ku kucup suka, belahan sukma didasar hati, kucari cinta bertemu duka, kuharap bahagia yang tiba mati..' 05 June 2008 - 5:49pm


Drp aku
I'm officially declared there is nothing between me and my lover anymore. We are now separated. 05 June 2008 - 6:49pm


Drp dia
Salam. Rasanya saya dah dapat jawapan yang saya cari. Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya cari, tapi apa yang saya tahu, saya lebih suka bersendiri dan tidak terikat dengan sebarang komitmen. Saya bebas untuk berkawan. Sama juga dengan awak. Actually saya happy ada awak. Thank for everything. Tapi saya belum bersedia untuk beri full commitment. kalau nak compare, saya lagi suka waktu kita mula-mula kenal dulu. Dan harap-harapnya kita akan terus berkawan meskipun awak atau saya dah ada kawan baru.. 06 June 2008 - 3:57pm



ps: tq to adie, eja, kak azy, b, alex, yus, erul, edd, zack, am & lain2

hingga kering airmata

kenapa kita sering dambakan cinta yg xmungkin menjadi milik kita? kenapa? tidakkah kita sedar yg kadangkala ia mmg ditakdirkan bukan hak atau kepunyaan kita? macam aku..aku tahu payah utk mencintai. bila sudah cinta, aku xkan menoleh lagi.

adakah cinta perlukan musim? atau kita perlukan zaman yg indah utk memberi cinta? terlalu byk soalan yg perlu dijawap. siapa boleh memberi jawapan kepada semua hal yg membuat kepala dan jiwa kusut ini? bukan aku. bukan dia. bukan kamu.

apa yg aku tahu, mungkin musim atau zaman aku utk perkara mulia itu sudah berakhir. kisah aku bukan seperti romeo & juliet. terlalu kerdil jika dibandingkan dgn adam & hawa. juga tak berharga jika di letakkn di sebelah cerita shah jahan yg memuja mumtaz nya...siapa aku utk sehebat mereka?

kenangan itu xkan dilupakan. aku bersedia. bukan kali pertama. dan aku harap bukan yg terakhir. siapa yg tahu jika sama hatiku dan juga hatinya. aku xmampu memikirkan diri itu lagi. xmampu hidup tanpa cinta. aku xmampu hadapi kepedihan itu. tp aku perlu terus berjalan. bak kata seorg teman, teruskan berjalan tanpa menoleh ke blkg. xguna menanti menadah tangan ke langit menunggu hujan jika alam sudah bah. bukan pelik mintaku. bukan susah mahuku. sekadar mahu melengkapi.

mungkin cinta itu bukan berpihak utk aku. bukan salahku. kerana apa daya ku. pergilah jika itu inginmu. jgn di tangisi. jgn diratapi. ia telah berakhir lama dulu. cuma kedegilan aku menidakkan semua itu.

aku bukan insan ajaib. bukan malaikat yg diciptakan utk tidak bercinta. semua yg kau mahukan telah ku lakukan. kau tetap kecewa. meninggalkan ku. melepaskan ku. setelah apa yg kau beri padaku. ku tutup mata ini. cuba melihat matamu. kerana ketulusan hati itu membenarkan rasa ini. kesedihan dan kepedihan tersungkur di dasar itu buat aku rasa hidup ini tak adil buat diriku. larikan aku daripada kesesatan cinta dusta ini.

tiada lagi kata. hingga kering airmata. aku pergi. utk selamanya. maafkan ku. kucuba menjaga hati yg terlalu kucintai. sekadar berdoa kau bahagia tanpa aku.


p/s:buat mizi&ezul, b&azy, edd&bf, nana&is dan semua yg ada pasangan, hargai cinta sblm ia pergi..

utk sahabat

arini aku kembali mewarnai dunia persuratan blog yg telah kutinggalkan kurang 24jam yg lalu. terlalu cepat masa beredar tanpa kita sedari kn? manusia sering lupa apa yg terjadi di sekelilingnya namun alam tidak melupakannya..

aku akan membuka lembaran baru dalam hidupku. apa dia? usah ditanya..dan usah membuat sebarang 'speku' yg tidak benar tentang diriku ini. biar aku sahaja yang menghadapinya. izinkan aku melalui hari2 ku dgn lebih aman dan tenang.

buat rakan2, aku doakan kalian terus berjaya dan terus berada di bawah limpah kurniaan-Nya.






*aku bukan EMO!!sebenarnya aku penat repair blog aku. stil xsiap lagik...huhuhu

Older Posts Home