apa sebenarnya yg kita fikirkan bilamana kita mula suka pada seseorng? adakah kerana wajah? status? harta? budi pekerti? terlalu byk jawapan yg aku pernah terima. setiap insan punyai alasan tentang jawapan mereka. bila ditanya pada aku, tiada apa yg terkeluar drp bibir ini, kecuali rasa cinta. aku suka pd seseorng kerana cinta. pasti ada yg tertawa tika membaca entri ini. biarlah. itu hak aku dan hak kamu utk mentafsirkannya.
cinta sesuatu yg maha indah pd yg mengerti. tp adakah satu kesalahan mencintai seseorg yg telah menjadi hak org lain? seperti suka pada isteri org? jatuh hati pada teman istimewa org lain? aku xpunya jawapan itu. tp aku tahu, cinta itu murni.
aku sering tersilap langkah. selalu jatuh hati pada insan yg telah dimiliki hatinya. seringkali cuba menjauh namun jiwa aku xtenteram. aku selalu berserah pada takdir. adakah ia mempermainkan aku? atau aku yg masih buta dan tuli tentang apa yg disampaikan oleh takdir?
smlm aku sudah menangis. begitu juga kelmarin. perlukan aku keringkan kolam airmata ini sampai tiada titisan untuk hari esok? terkadang terfikir oleh minda, adakah yg disana pernah memikirkan aku? mungkin tidak..kerana, jika kata putusnya 'ya' maka aku xkn bersedih lagi.
lalu aku melangkah. terus melangkah mencari sinar cahaya yg mmg utk diriku. sesekali aku berlindung di balik cahaya bulan. tp aku masih berkongsi dgn setiap jiwa dibumi ini. aku mahukan ketenangan dan kejujuran yg lahir drp setiap pancaran itu.
tiada apa lagi yg ku minta drp Tuhan Yg Esa. temu kan aku dgn si dia yg masih belum berpunya agar hati ini tidak derita. aku xmahu menagih kasih pd yg xsudi. dan aku xmahu menghancurkan kebahagiaan org demi kepuasaan diriku. biarlah aku beralah...
labels emo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 - comments:
Post a Comment