al-fatihah

disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kpd 2 org yg rapat dgn ku di pcmc ini. seorng sahabat dan seorg lagi kakak yg aku hormati.

buat Nur Anisah / Cik Duyung
duyung ni salah seorng kwn baik aku di pcmc. walau xsemua rahsia kami kongsi namun ada beberapa hal2 yg hanya kami yg tahu.(yeker?). beliau telah kehilangan ayahanda tersayang pada tanggal 9 Julai 2008. Allahyarham Encik Sariffudin Muhammad meninggal dunia di Hospital Assunta dipercayai kerana mengalami kegagalan fungsi jantung.

buat Zuriana Ismail / Kak Ana
kak ana pula salah seong pioneer mcm aku utk unit masing2. dia kt customer relations n aku kt contact centre. aku selalu mengadu lapar kt dia (sebenarnya kt semua org aku ckp aku lapar) tp dia mmg selalu beri aku 'bekal' makanan. hari ahad, 13 julai 2008, adalah hari yg xmungkin beliau lupakan. kehilangan anakanda sulung, Raja Khalish Amir Raja Khairuddin, 9 tahun, bagai menyentap nyawanya sendiri. kemalangan yg tidak disengajakan itu telah meragut putera kesayangan beliau.

Sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. sebagai umat manusia yg lemah lagi xbermaya, kita patut sentiasa berserah pada segala ketentuan Allah SWT. jgn anggap setiap kehilangan adalah satu hukuman, tp fikirlah yg terbaik yg telah Allah berikan untuk kita. dekatkan diri pada-Nya, nescaya rahmat Tuhan sentiasa bersama kita.

buat kedua2 org yg aku syg ini, hargailah hidup ini. teruskan melangkah. byk lagi yg akan kita tempuhi dihadapan kelak. moga kehidupan lebih baik untuk kita. dan aku mahukan senyuman kalian semula...

dan buat anda semua yg membaca, marilah kita sama2 menyedekahkan al-fatihah untuk arwah dan untuk semua umat islam. Al-Fatihah.






0 - comments:

Newer Post Older Post Home