kisah cinta


bila aku taip title entri ni pon aku dh rasa bahang2 keemoan akan menjelma semasa aku terus menaip. biarlah. lgpon org mmg kenal aku dgn tagline 'tampan yg emo'. aku dh lama xberbicara soal cinta. mungkin sejak akhir2 ni byk benda2 yg xbaik berlaku. contohnya, aku sakit, beberapa org tersayang kwn2 baik aku meninggal dan mcm2 lagi. jadi soal cinta tiba2 tertutup.

mggu lepas ada org memberitahu aku yg dia mungkin suka pd seseorg. dia sedang mengalami saat2 sukar. dia amat memerlukan seseorg yg boleh membelai hatinya. aku tau ramai yg suka pd dia. cuma aku harap dia bijak memilih n jgn terlalu berharap spt dahulu. cinta wajar dikongsi, bukan dimiliki.

kemudian, aku berbicara pd yg lain pula. dia juga punya masalah cinta. cinta yg xkesampaian yg putus ditgh jalan. agak lucu bila diberitahu ada secret admirer yg meminati dia drp jauh. mungkin kerana keakraban atau sekadar berjenaka, dia mempelawa aku menjadi pengapit jika dia berkahwin kelak. mmg dia wajar berumahtangga krn dia seorg yg baik.

bila mempunyai ramai sahabat, kita secara automatik akan mendgr pelbagai cerita. begitu juga hal dgn sahabat ku yg seorg ini. selalu benar dia menangis krn cinta. walau penuh ujian dan rintangan, dia masih cuba menyelamatkan cinta itu. krn apa? pernah juga aku bertanya, tp jawapan dia cukup mudah. 'kerna masih cinta'..begitu berharga cinta itu. namun mengapa manusia buta bila melihatnya?

bgaimana pula bila hati kita kembali syg namun cinta lama xmahu kembali. adakah itu bermakna tiada lagi cinta utk kita? bila si dia menbalas 'TIDAK' pd soalan cinta, adakah bermakna kita perlu berundur atau mencuba selagi daya? xsemua yg pernah berlaku akan berlaku sekali lagi. xsemua cinta lama akan kembali..

juga apa jawapan yg harus diberi jika ada yg menghulur salam cinta sedangkan hati masih belum bersedia? dia berusaha mendapatkan harapan cinta kita, tp kita menangguhkanya untuk menilai semula cinta itu dan perkara2 berkaitan.

aku kini terlerai drp ikatan2 cinta. aku bebas memilih dan mencari. tiada siapa akan menghalang jiwa dan hati ku lagi. untuk insan yg pernah aku kasihi, maafkan segala kekhilafan. aku manusia biasa yg berjalan di bumi tuhan. niat berkongsi cinta tp apakan daya hajat mati ditgh jln. buat rakan2, teruskan meniti krn bahagia menanti pasti.

entah mcmana aku nk khabarkan pd dunia.

0 - comments:

Newer Post Older Post Home