Blogger Template by Blogcrowds

jalan2 ujung mggu...


xbyk yg menarik berlaku mggu ni...mcm biasa la, lepak white coffee, g mkn kt pelita. cuma kitong ada g main boling kt ampang point. sajer, sesuker. nk ilangkn bosan n tension je. mlm tu, aku ngn kak azy, g ikut azfar nanyi bawah jambatan (flyover kt cheras). then lepak white coffee lagik smpi 130am. tu jer ar...apa lagik ek??


boling kt ampang point

b yg lapa. dia nk mkn bola boling tuu.......

adi cuba segala mcm gaya utk jatuhkn semua pin

aku rilex jer..wakakaka

karaoke bawah flyover..seram wooo....

keta ku..syg ku..

apalah malang nasib diriku arini. masa aku ke parking keta depan umah utk g keja kul 730pm tadik, aku rasa mcm nk menangis kuat2 kt situ. tp aku g jugak dekati keta kesayangan ku itu. humm..tingkap keta terbuka lebih drp separuh n kunci pintu blkg terbukak. aku sedih sgt. dh la keta aku tu xlawa n buruk, tp ada jugak yg nk 'usik' keta aku tu. aku xberani nk tuduh sesiapa. maybe aku sendiri yg lalai. tp aku yakin, aku mmg xbukak tingkap keta tu sejak last aku kuar mlm g minum ngn adie+kak as. tp, dh nk jadi, aku pasrah je la. yg pasti, tiada sebrg kerosakan, kehilangan harta atau nyawa..alhamdulillah..

aku akan lebih hati2 lepas ni....i love my car more than my lover!

takdirku bagaimana?

bila kita bercakap soal bahagia, semua mahukannya. kenapa Tuhan menciptakan derita jika hanya bahagia yg manusia pinta? aku sendiri, walau jarang bertemu Tuhan, aku sering mendoakan kebahagiaan menjadi milik diriku. jadi kenapa ada derita? sbg hamba Tuhan yg sering lalai dan amat kerdil serta lemah, aku cuba mencari jawapan untuk segala kemungkinan.

bahagia amat mempersona. dilamun cinta, punya kemewahan, keindahan mmg dlm jiwa. tp semua itu membuat kita alpa. sering lupa. takdir xsemudah yg kita sangka. semua itu bukan datang bila kita menadah tangan ke angkasa.

derita buat kita sedar siapa kita. bangkit untuk membina kekuatan diri. keluar drp kehinaan. mencari kebahagian yg ada diluar sana. kerana bila dilanda kesusahan, manusia akan mula menilai diri. mereka akan mengubah atau sekurang2nya memperbaiki takdir mereka.

perlukah aku menyalahkan Tuhan kerana aku mengenali seseorang? Kutukan yg besar utk diriku. seperti yg kutanya sebentar td..kenapa derita ada ketika bahagia menerpa? bukankah klau aku tidak mengenali dia, maka aku xkan derita. aku xmahu rasa bahagia untuk sekejap cuma. kenapa takdirku menyesakkan hidupku? semenjak bertemu denganmu aku makin bahagia. aku cuba mengerti apa yg cuba disampaikan oleh Tuhan. kemulian untuk Tuhanku.

pancaran sinar yg ku xmengerti. aku perlu berundur. itu yg ku pikirkan. pepatah ada mengatakan, bulan xkan jatuh keriba. biarlah aku menjadi pungguk kaca yg pecah berderai tatkala merenung masa. aku xmampu terbang walau itu mimpiku.


biru warna langit.
merah warna hati.
cuma kelabu ada dimata.

aku hanya bersama bayang-bayang. setia bila bercahaya. hilang bila aku buta. tiada peneman di alam gelita. kau memang bayang-bayang. dicipta utk aku. pergi juga kerana aku. keajaiban rasa itu buat semua yg kulakukan seperti sebutir pasir di dasar lautan.

aku bahagia untukmu walau aku derita.

salam.

p/s:menangis ketika chat? bodohnyer aku...

berubah?

kebelakangan ini pelbagai persoalan menujah fikiranku. perkara paling sering hadir ialah 'berubah'. mungkin aku sendiri xpaham apa yg perlu diubah atau apa yg telah berubah? perubahan bagaimana yg harus dilakukan? dimana aku perlu mulakan semua itu? selalunya semua perubahan itu akan datang kepada kita atau kita yang perlu mengambil langkah untuk melakukannya...?entah la...


ada kawan aku yg ingin berubah untuk tidak melakukan perbuatan jahat. itu sgt bagus. kearah yg mulia. aku amat menyokong perbuatan itu. menghindari drp mendekati wanita utk tujuan buruk tidak patut diamalkan. pintu syurga terbuka untukmu.

ada pula yg ingin mengubah fitrah diri. ingin mendampingi kaum sejenis setelah kecewa dgn jantina bertentangan. satu perubahan juga. tp elokkah itu? apa relevan tindakan itu dlm kehidupan dia? aku xpasti. cuma aku ada menasihati dirinya, itu tidak akan mengubah atau menyelesaikan masalah yg menikam dadanya kini.

seorng yg lain pula, mahu mencari pasangan hidup yg baru. terlalu jemu dgn pergaduhan dan pertelingkahan sepanjang bercinta dgn pasangan skrg. jadi dia ingin berubah. mencari kedamaian bersama org lain. cuma tanya aku, mungkinkah keabadian dpt dicapai dgn bertemu org yg baru. langkah yg agak berat kerana masa depan tiada dlm tangan kita.

berubah utk mencintai. itu kata seorg kwn. dia sanggup berbuat apa sahaja utk insan yg bertakhta dihatinya. berbaloikah? mungkin ya, bagi dia. kerana aku sedar, manusia sedia membunuh agar tujuannya tercapai. cinta itu terlalu agung. hanya niat sahaja bisa membezakan erti cinta itu.

byk lagi yg berlaku dlm kehidupan sehari2 ini. pintaku, jika berubah utk kebaikan, maka teruskan langkah itu. jika menuju keburukan, matikan niat. paling kebelakang dan pilih jalan yg baru. aku xlayak mencerca atau memuji. aku insan biasa. penuh dgn sifat buruk. namun, aku sering nenyatakan, ikut kata hati. kerana itu yg benar. plg dekat dgn diri.

salam.

aku tak peduli lagi

hati ku telah dicemari
pendustaan dan kebencian
kadang ku cuba bertahan
dalam kebutuhan cinta aku
ingin ku ulang rangkaian kasih ini
walau telah berakhir dengan pasti

maafkan aku, maafkan diriku
masih tertanya mengapa semua terjadi
aku bisa tanpa dirimu
aku tak peduli lagi, memang aku tetap begini

dengan kisah ini aku bersumpah
segalanya akan pergi tanpa lengah
yang malang itu amat mudah
biar sampai nanti cinta itu kembali

jantung berdegup saat itu
mengapa kusentuh tak terasa
kuhidu tiada wangi
kulihat tapi ku tak terpandang

isap rokok

habit lama kembali....patutnya aku dh berenti..tp.....huhuhuhu....sungguh jahat aku ini....


kak azy g clinic

ari ahad, lepas kuar lepak ngn eja n adie kt pelita, kitong pon gerak g white coffee lak. biasala, kami mmg suka lepak sana. sambil cuci mata, leh tgk byk artis lepak. mcm aritu, ada adik ikin (ikin yg nk kawin ngn mawi), ada saerah n samzy. tp aku xnmpk diorng coz aku xperasan pun. yg join kami masa tu ada kak azy, b, n fizah. b n kak azy demam n batuk2. tp masa lepak diorng nmpk la segar sikit. apa tak nyer, dh melepak n berborak, ada gak la peluh yg kuar..(ada ker?)

fizah ada bg cadangan utk g mandi air panas, g swimming pool kt kondo umah dia, g sana, g sinun, tp akhirnya, kami berempat (kak azy n b dh balik) sekadar berjalan2 dlm keta je. eja merasa gak la nk g dataran merdeka. tp kitong xsinggah sbb fizah xtaste kt mat rempit..then aku g anto eja. masa tu plak kak azy call suruh bawak dia g clinic. dgn persetujuaan adie n fizah, kitong bwk kak azy g clinic b4 anta fizah balik bukit jalil. owhh..b4 anta fizah, kitong lepak kt Mali's Corner.

kul 2am aku ngn adie smpi umah n aku tido lewat sbb aku basuh baju dulu. tu jer citer ari ahad.


aku ngn kak azy masa kt white coffee

model ker?

posing dlm clinic

kopi kt white coffee

lepak ngn wan sabah

mggu lepas masa aku offday aku xde byk xtvt sgt..mlm sabtu tu, aku g jemput wan kt pandan indah. dia sms aku ajak kuar coz lover dia bz ngn family. so aku je la harapan nusa bangsa dia utk g jenjalan. bdw, aku lebih rapat dgn wan drp lover dia si imran tu. kitorng just pusing2 kl sambil cuci mata. dlm kul 3am kitorng pon balik umah. sempat la jugak kitorng minum n borak2 panjang n bergossip. dia adalah teman clubbing aku yg plg best. nanti kita kuar lagik ek wan...

wan mmg xsuka amik gambo


suara oh suara


aku masih sakit tekak arini. segala macam petua dh aku ikut. semua nasihat aku dh dgr. tp belum kurang2 lagi. humm..kurang sikit je kot..smlm aku jwp call suara hilang2..nasib baik keja ngn chom. dia la byk jawap call. kul 6am aku tido. penat n ngantuk sgt. then tepat 745am aku dh kuar opis nk balik.xtahan ngantuk n asyik batuk2. si eja pon aku xlayan sgt pagi td.(sori syg eja, abg xde mood nk ckp bila xde suara)

bila balik keja aku pon mkn ubat batuk breacol dlm peti ais. smpai abis. siap aku tggu hingga titisan terakhir. then minum air suam jer. masa nk g keja, aku g beli air asam jawa (kang syg aku marah xdgr nasihat dia lak) n kt opis aku minum teh suam n air masak jer. kengkawan, doakan la aku ada suara n leh meriah2 mcm selalu. aku risau aku demam jer. kalau demam, abisla..

sesungguhnya, bila jadi mcm ni baru nk ingat Tuhan..klau tetiber aku jadi bisu (simpang malaikat 44) cmner? aku nk keja apa? aku takut sgt. aku doa agar aku masih dikurniakan pemberian tidak ternilai ini smpi akhir hayat. dh la keja aku mmg memerlukan aku bercakap. moga hari esok lebih baik untukku...

xde suara..

arini aku telah 'dibahan' oleh beberapa org kwn2 'baik' aku sbb suara aku dh jadik mcm kucing siam gebu yg cuba mengiau..huhuhu..suara aku dh serak n kdg2 mulut bercakap tp suara xkeluar..!!cmner ni?? seingat2 aku. aku xbuat sesuatu yg merosakkn tekak (opss...aku bkn spt fizah), mkn pon xde yg bukan2 pon..klau ada pon maybe aku telah menghabiskn sepeket kacang cap tangan masa aku tgk tv ptg smlm b4 g keja. aku mmg gila kacang. mlm smlm aku masih leh nyanyi lagu nubhan (motif?) dgn suara ku ini, but bila g keja arini tetiber xkuar suara...

walaupun pelbagai cara dan kaedah telah ku lakukan termasuk membeli gula2 halls kt kedai mamak pcmc, hirup sup subathi, minum air suam serta air sirap dan mcm2 lagi tp masih x berkesan. harap2 esok ok la..nasib baik aku xdemam. klau demam, teruk le..antibodi badan aku xkuat..



sempat posing b4 kuar g keja

senyuman itu sungguh cute

bersuka ria di hujung mggu..

spt yg dirancang, arini kami nk tgk kungfu panda. sbg ketua rombongan, aku telah bersiap sedia bgn awal (adie gerakkn aku dgn tarik kaki aku. syiall jer). so sbb aku bgn awal, aku pon menalipon ahli2 rombongan utk siap sedia. tapi biasalah, janji tinggal janji. patut semua berkumpul umah aku kul 9am, but kul 1030am bru semua ada. plg best, tetiber ireen kwn lama aku yg keja citibank call nk join. dulu aku, dia n kak azy keja skali kt citibank. li tongtong plak terpksa cancel plan sbb bini suruh balik umah mak mertua. tension jer 'kak li' tu (hangin dia bila eja pggl dia kak. dia 'abg' ok!) .sorg dtg, sorg blah...

so skrg ada aku, kak azy, b, eja, ireen n rahmat yg berjanji jumpa kt ampang point. lpas abis tgk wayang, kitong gerak minum kopi kt tempat biasa n then tetiber plak teringin nk berkaraoke. kt sana aku jumpa gem@wan kwn drp tadika. aku hepi giler sbb arini ramai mbr yg lama xjumpa dpt lepak together. sesekali kuar ramai2 mcm ni sgt best!!


gem@wan. baru balik drp Philippines. dia'kawin' kt sana. register katanyer. dh jadik isteri org kwn aku sorg nie....hummm..

pics dlm bilik karaoke

bila eja nganga utk nyanyi...

horay horay

hepi giler

dpt amik 1 pics jer dlm panggung nie. sbb mamat kerek kt blkg tu marah. 'nanti sy rampas kamera tu'. aku balas balik, 'mcm pengawas sekolah jer nk rampas2 brg..'

dlm diam kami celebrate 10 years anniversary. sejak masuk uitm smpi skrg we stil best friend!

aku ngn b

ireen (last jumpa raya aritu), azy, aku, rahmat n b

scandal 'phoTOgrapher'

shopping

bukan aku yg shopping k! aku dh xder duit dh nk shopping bulan nie. sengkek giler. kisahnyer, lepas balik drp banting aku balik ke pcmc ngn kak azy utk amik eja. sajer nk lepak2 n g beli kasut. biasala pompuan 2 ekor nie xabis2 ngn kasut. nk jadik mcm Emelda Marcos kot??but eja cancel plan last minutes. dia kena jaga anak..wakakaka..saper suruh kawin awal..kn dh kena balik. laki dh marah..padan muko ekau..!

then aku ngn kak azy g times square. sempat la minah tu grab 1 dress. nk beli kasut yg diminati, tp xder saiz la plak. hampir semua kedai kasut yg ada kt situ kitorng masuk. xde yg sesuai. yg taste, xde saiz plak. lpas penat shopping, kitong g lepak white coffee ngn b n li tongtong sudah menanti.

kul 10pm kitorng gerak balik sentul n tggu adie balik keja. sbb perut lapa, plan pertama, g makan. so tempat dituju semestinya kedai makan. xkn kedai jam kot? then baru la ke uptown seperti yg dihajati oleh adie. lepas membeli belah, kitorng pon blah drp uptown danau kota tu..esok byk xtvt dirancang..apakah yg terjadi? baca entri seterusnya..

perbincangan yg nmpk sggh serius

pilih, try, xnk bukak, terus bayar, kuar kedai ngn senyuman

adie yg gumbira sbb 1st time dok dlm pondok

posing jer

banting..kenduri belah lelaki

7hb 06 2008. aku ngn kak azy g ke banting utk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki. aiyoo..jauh giler aku rasa. abis semua highway n jalan aku guna utk smpi kesana. yela, 1st time g tempat2 yg aku rasa mmg agak ceruk la..tp best sbb dkt ngn pantai morib (best ke morib tu?) tp aku bangga la jugak sbb aku xsesat utk kesana kecuali sekali jer utk bertanya arah umah pengantin. tu pon sbb rumah2 nyer punyai byk sgt lorong..konpius aku. bila tiba jer kt umah pengantin, aku tgk sumer makcik2 n pakcik2 dok pandang kt aku n kak azy. biasala kn..aku kn popular..wakakaka...kitorng tanpa menoleh ke kiri kanan, terus jer g amik nasi sbb lapo giler.

aku bernasib baik sbb, PD, pengapit pengantin masa kt muar ada kt sini. dialah yg sambut kitorng n jemput makan. nasib baik la dia ada. ceria sket dunia aku..(2 b honest, mmg aku purposely nk g banting sbb nk jumpa dia jer..) dia nmpk serabai sket. maybe sbb dia jadik penanggah kot? xpe, yg penting dia layan aku baik punya..!!

lepas mkn, pengantin smpi. tp xbersanding. cuma duduk2 jer depan khemah. aku sempat la borak2 ngn yati n abg kamal. then kitorng straight balik kl. moga aku berjumpa ngn PD n mamat plu tu..insya allah..

ada 2 ketul ayam. aku mintak sikit, dia xkasik!

terpaksa amik pics sendiri..mcm xbiasa kn..!!

pengantin baru nk masuk perkarangan umah

PD..buah hati ku..nama sebenar dia pelik sket..

apala yg dipk dek abg kamal tu ek?

moga bahagia ke akhir hayat..amin...

yati

abg kamal

lagik pics kenduri yati

from mael's cam.

raja sehari

aku try menepung tawar..thah betul thah idak..

manis pengantin

yg sempat bergambar

No more I love you

Drp aku
Salam. Awk, saya tak mampu menanti lagi. Hidup saya perlukan kepastian. Awak dah tentukan jalan awak. Saya akan terus melangkah. Sendirian. Terima Kasih. Maafkan saya. Awak terlalu baik untuk saya. Saya doakan awak bahagia. Saya sekadar pintas masa yang awak berikan. Awak bebas. Cari saya bila perlu. Saya sentiasa ada. Takdir itu tiada kita didalamnya. Kisah kita cuma biasa. Tiada rasa. 'jemari dinda ku kucup suka, belahan sukma didasar hati, kucari cinta bertemu duka, kuharap bahagia yang tiba mati..' 05 June 2008 - 5:49pm


Drp aku
I'm officially declared there is nothing between me and my lover anymore. We are now separated. 05 June 2008 - 6:49pm


Drp dia
Salam. Rasanya saya dah dapat jawapan yang saya cari. Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya cari, tapi apa yang saya tahu, saya lebih suka bersendiri dan tidak terikat dengan sebarang komitmen. Saya bebas untuk berkawan. Sama juga dengan awak. Actually saya happy ada awak. Thank for everything. Tapi saya belum bersedia untuk beri full commitment. kalau nak compare, saya lagi suka waktu kita mula-mula kenal dulu. Dan harap-harapnya kita akan terus berkawan meskipun awak atau saya dah ada kawan baru.. 06 June 2008 - 3:57pm



ps: tq to adie, eja, kak azy, b, alex, yus, erul, edd, zack, am & lain2

minyak oh minyak

aku bgn kul 630pm arini. tp aku tido lewat. balik keja aku dok layan citer musang berjanggut. sajer carik citer boring sbb nk kasik mata ngantuk. bila aku bgn, mcm biasa, missed call n sms berlambak. (aku popular ok!) salah satu yg menarik drp B yg ckp, 'isi minyak arini cepat. minyak naik rm2.70.' aku pon agak bosan ngn benda2 nie. sikit2 naik harga! kang aku naik angin kang, semua org susah. dgn perasaan malas, aku pon g mandi n siap g keja. kul 7pm aku dh ada depan kedai nasi ayam kt sentul sbb nk tapau bawak g keja.

dgn niat nk isi minyak yg mmg kosong dlm keta aku, aku pon masuk lane kiri. tetiber, aku mcm pelik sbb keta beratur panjang giler. bayangkan drp kul 730pm, kul 810pm baru aku dpt isi minyak. jarak yg aku kena tggu xsmpi 100meter. haiyoooo...sakit jiwa. rupanya jln kt kl jadik jem giler arini sbb semua stesen minyak dikunjungi ramai mcm ada open house!!

bila dh smpi kt tank, so aku dgn bangga nk isi rm50. full tank occay!! dgn bongkak n muka kekwat, aku amik pam n isi. smpai kt rm47, picu pam tu naik. aku tekan lagi. tetiber ada mamat tegur aku (sebenarnya dia jerit jer) bgtau minyak dh melimpah. huhuhu...1st time isi minyak smpi melimpah. bak kata stacy AF "terlebih sudaaa.."

kt skrin tank tu baru rm49. aku dgn malu n buat2 xmalu, letak pam n carik air utk simbah pintu keta yg dh kena petrol. syiall jer..dh la minyak naik harga. pastu aku g mandikan keta ngn minyak...kaya sgt ker??huhuhuhu....org blkg aku, tgk jer..mcm panas ati jer dia tgk aku. lantakla kn..duit aku k..plg kurang dia ada rm1 drp duit aku isi minyak keta dia.hehehe..aku halal jer la...

aku sebenarnya xkisah sgt pasal harga minyak tu naik. sbb bg aku xkn selamanya nk harap subsidi kn? org malaysia ni 'byk lemak', bukan lemak dibadan (spt lemak dibadan aku yee) tp sikap manja dan suka berharap pd kerajaan. bila semua benda ditarik balik, mula la nk bising2. kita kena sedar, semua tu sementara. mmg akan terasa perit bila kena bayar harga mahal, tp itu hakikat yg kena dihadapi. gaji kecik mcm aku mmg terasa bebannyer. so, aku nasihatkn diri aku n yg lain, belajar menghargai dan mula berjimat.

lepas ni, harga roti canai mau la naik smpi rm1.00 agaknyer!! realiti rite? tol naik, harga makanan naik, tambang public transport etc. matila aku..maybe lepas ni aku akan berjalan kaki ke spital. jimat n leh kurus kn? cuma....mampukah aku??

harapan aku, agar Pak Lah memandang golongan pertengahan dan bawahan dinegara ini dalam membuat keputusan berkenaan kenaikan harga selepas ini. jagalah hati rakyat yg telah menunjukkn kepimpinan anda amat lemah dlm pilihanraya lepas. buktikan, pihak kerajaan punya jalan penyelesaian yg hebat utk semua permasalahan rakyat.


lamanyer tggu...smpi lebam!


ada org jeling aku amik gambo. lepas tu terus aku simpan hp. takut kena saman.


p/s: ada mbr kutuk BN. motiff??

hingga kering airmata

kenapa kita sering dambakan cinta yg xmungkin menjadi milik kita? kenapa? tidakkah kita sedar yg kadangkala ia mmg ditakdirkan bukan hak atau kepunyaan kita? macam aku..aku tahu payah utk mencintai. bila sudah cinta, aku xkan menoleh lagi.

adakah cinta perlukan musim? atau kita perlukan zaman yg indah utk memberi cinta? terlalu byk soalan yg perlu dijawap. siapa boleh memberi jawapan kepada semua hal yg membuat kepala dan jiwa kusut ini? bukan aku. bukan dia. bukan kamu.

apa yg aku tahu, mungkin musim atau zaman aku utk perkara mulia itu sudah berakhir. kisah aku bukan seperti romeo & juliet. terlalu kerdil jika dibandingkan dgn adam & hawa. juga tak berharga jika di letakkn di sebelah cerita shah jahan yg memuja mumtaz nya...siapa aku utk sehebat mereka?

kenangan itu xkan dilupakan. aku bersedia. bukan kali pertama. dan aku harap bukan yg terakhir. siapa yg tahu jika sama hatiku dan juga hatinya. aku xmampu memikirkan diri itu lagi. xmampu hidup tanpa cinta. aku xmampu hadapi kepedihan itu. tp aku perlu terus berjalan. bak kata seorg teman, teruskan berjalan tanpa menoleh ke blkg. xguna menanti menadah tangan ke langit menunggu hujan jika alam sudah bah. bukan pelik mintaku. bukan susah mahuku. sekadar mahu melengkapi.

mungkin cinta itu bukan berpihak utk aku. bukan salahku. kerana apa daya ku. pergilah jika itu inginmu. jgn di tangisi. jgn diratapi. ia telah berakhir lama dulu. cuma kedegilan aku menidakkan semua itu.

aku bukan insan ajaib. bukan malaikat yg diciptakan utk tidak bercinta. semua yg kau mahukan telah ku lakukan. kau tetap kecewa. meninggalkan ku. melepaskan ku. setelah apa yg kau beri padaku. ku tutup mata ini. cuba melihat matamu. kerana ketulusan hati itu membenarkan rasa ini. kesedihan dan kepedihan tersungkur di dasar itu buat aku rasa hidup ini tak adil buat diriku. larikan aku daripada kesesatan cinta dusta ini.

tiada lagi kata. hingga kering airmata. aku pergi. utk selamanya. maafkan ku. kucuba menjaga hati yg terlalu kucintai. sekadar berdoa kau bahagia tanpa aku.


p/s:buat mizi&ezul, b&azy, edd&bf, nana&is dan semua yg ada pasangan, hargai cinta sblm ia pergi..

ABC Cintaku...

Teman B gunting rambut

pagi smlm (selasa) aku call b sbb ingat dia keja. so nk ajak kuar bekpes sesaper. rupanyer dia MC. tp kemudian dia call n ckp dia nk dtg umah kasi kabel n charger camera kt aku. aku ok jer. so dia dtg n kitorng g bekpes kt gerai makcik depan pajak gadai. lpas tu aku balik n tgk tv. kul 1pm b dtg balik n ajak teman dia gunting rambut. so aku ikut jer sbb aku pon bosan. g kt pandan perdana sbb dia ada personal stylist. 'kakak zek' namanyer. huhuhu..lpas siap kitorng g lpak San Francisco Coffee kt ampang point. b siap sempat buat spek baru. tp aku lupa plak nk amik muka dia ngn rambut baru pakai spek baru. nanti la ek..aku akan jumpa dia lagik...


sblm

slps

carrefour man n indiana jones

ari ahad aku ngn kak azy g carrefour beli brg2 dapur. then plan nk g tgk jom heboh kt bukit jalil. tp adie ada hal lain plak. so kitorng tukar plan g tgk wayang. g tgk citer indiana jones kt galaxy ampang. citer mmg xbest langsung. thah apa2 thah. nyesal jer. ada ke patut citer pasal alien? ingat x-files ker?

ramai giler


aku beli byk benda bukan jajan jer k!!

1st time tgk wayg kt sini..ok la...murah n agak bagus

bukti pembelian

lepas abis tgk wayang, kitong berdua g mkn kt NZ atas ngn Li tongtong. lpas tu aku balik n tgk tv. smpi umah kul 10pm. mesti korng tertanya2 naper B xder kn? sbb diorng gadoh n nk bercerai..adakah aku akan percaya?sbb ni bkn kali pertama. aku dh biasa dh ngn diorng nie..hehehe..wait n see ler..

Newer Posts Older Posts Home