Sebelum aku melangkau lebih jauh, ingin ku salurkan ucapan Salam Tahun Baru Hijrah dan Masihi buat semua rakan taulan yg mengenali diri aku. Moga tahun baru ini akan mencorakkan lukisan yg penuh ceria dan warna warni drp tahun2 sebelumnya.
Seperti kebiasaanya aku menanam azam setiap kali tiba kedatangan tahun baru. Mengungkit azam tahun lalu, aku rasa aku berjaya melunaskan janjiku pada diri sendiri. Mungkin tidak 100% tercapai, tapi aku yakin aku mampu menahan diri drp mengotori lagi diri dan jiwa aku dgn dosa2 kecil mahupun besar. Jadi bg tahun ini, aku akan terus perpandukan azam yg lalu ditambah dgn satu azam baru iaitu mahu jadi lebih kaya dan berjaya disamping masa utk aku memikirkan soal keluarga.hahaha…. (mcm ada 3 jer azam tahun ni?) Bunyinya mcm lawak jer kn? Tp aku rasa aku dh cukup matang dan dewasa utk soal ini. Utk kaya aku akan fokuskan soal bisnes bersama beberapa rakan2 dan jika itu tercapai maka aku akan berjaya dan boleh terus melangkah memikirkan soal keluarga. Dengarnya mcm senang dan mudah jer….ahh…klau asyik difikirkan soal kejatuhan dan kegagalan, sampai bila2 pon aku akan terus berada disini. Tiada hala tuju. Walau apa pun, aku akan berusaha mencapai apa yg kuidamkan. Insya Allah, berkat doa keluarga dan sokongan teman2, aku yakin “Boleh”!!
0 - comments:
Post a Comment