apa yg berubah? humm..yg penting aku tetap bernafas dibumi yg sama. menghirup udara yg sama. tetap hidup dgn org2 yg sama. memang agak memeranjatkan Barisan Alternatif berjaya merampas kedudukan BN dibeberapa negeri yg selama ini milik kerajaan BN. bagi aku itu satu pencapaian membanggakan selain mengekalkan hampir semua kerusi di kelantan dan majoriti di penang, perak, kedah n selangor. bukan sebab aku sokong roket naik ke bulan ke apa..tp bg aku itu satu petanda rakyat malaysia mahukan satu perubahan.
calon mana yg menang n kalah adalah perkara kedua. tp yg penting adalah corak pembangunan selepas ini. apa akan jadi kepada semua koridoraya yg telah di war-warkan sebelum ini?dimanakah hala tuju projek2 itu? semua projek berharga bilion ringgit yg dicanangkan akan menjadi kenyataan atau tidak? apa akan jadi pada rakyat pulau pinang selepas in yg bakal dipimpin DAP? apa yg aku dpt lihat dan rumus adalah semua negeri yg kalah teruk adalah negeri2 maju yg telah mengecapi pelbagai kemudahan. apa sebab mereka memilih pembangkang? dan negeri yg masih mundur (kecuali kelantan) terus memilih kerajaan BN. ini menunjukkan satu tolakan paradigma dimana tidak semua yg dilihat disukai.
penerimaan rakyat mula berubah. mereka mahukan sesuatu yg baru.kini suara rakyat malaysia akan mula seimbang di parlimen. dewan rakyat n dewan negara akan bergema dgn suara pembangkang yg selama ini hanya dilaungkan kit siang dan wan azizah.
sesungguhnya, segala janji yg ditabur oleh semua calon perlu dikotakan selepas ini. kekalkan kemakmuran negara. bekerjasama dan terus berkhidmat utk rakyat. tanggungjawap yg dipikul kini adalah kehendak anda. jalankan tugas tanpa menoleh kebelakang lagi!
malaysia adalah negaraku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 - comments:
Post a Comment