Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
bila pertama kali aku dgr lagu ni..sesungguhnya aku xfokus pd lirik tp hati aku hanya tertangkap pd melodi yg aku rasa cukup sayu dan mendayu. dilantunkan oleh penyanyi hebat, buat aku makin jatuh cinta pada lagu ini. jgn cuba untuk menafikan, tiada siapa dapat melagukan ia sehebat Jac... dan selepas itu, barulah aku mula mencari bait2 lagu ini. cukup indah. ringkas namun penuh puitis. kena pada diriku..
carilah cinta dan hayati lagu cinta itu..kerana pedih kehilangan cinta xmampu digambarkan..
carilah cinta dan hayati lagu cinta itu..kerana pedih kehilangan cinta xmampu digambarkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 - comments:
Post a Comment