aghhhh...
xtau mana harus aku mulakan.aku rindu pada blogku ini.sudah lama ditinggalkan.tp xselama aku yg dibuang jauh oleh sidia..hummm..benar..hampir lbh 3tahun aku kembali sendri..apa kabarnya aku kurang pasti.
harap biarlah dia maju jaya dlm ilmu yg dituntutnya dan bahagia dalam cinta abadi yg didambakan..haha...kembali emo mcm dulu...
buat rakan2 yg selalu mengikuti blog emo ni, pasti tertanya2 apa aku lakukan kini..keja mana?hati sudah dimiliki ke?
aku skrg bekerja di PJS7..200meter jalan kaki ke sunway pyramid..masih baru lagi selepas hampir setahun bekerja di sebuah syarikat di cheras yg mana aku join after resigned drp pcmc..cepat sgt masa berlalu kan...aku wat event skrg.sesuatu yg aku idamkan drp dulu.event utk syarikat org bkn syarikat sendiri.insya allah ada rezki akan tiba impian aku jd kenyataan..
aku pn dh berpindah drp sentul. skrg stay dgn housemate lama di pandan indah. terlalu byk kenangan di sentul yg terpaksa aku lupakan. biarlah disimpan disana even kdg2 aku terarah kesana juga...hati ini siapa yg tahu..
soal cinta?masih single.full stop.
jap..ada keja plak kena setelkan..nanti aku smbg dlm next entri k..
love u guys....
daaa....~
Salam penuh kerinduan pd blog yg kusyg..
usai tugas yg tak pernah henti2 menghambat diri, aku mengucap syukur kerana mampu menaip di pentas kata yg udah lama tidak kujejaki. namun begitu byk soal dan persoalan serta cerita yg ingin disampaikn hingga xtahu di mana mahu ku mula..
buat taulan di luar sana, aku setia berjanji aku akan kembali..cuma harap kalian bersabar menanti luahan jiwa ku...
aku xkan melangkah pergi hingga kucapai apa ku ingini...
moga ketemu di lembaran kisah akan dtg..
salam untuk semua..
entah kenapa secara tiba2 hari ini aku rasa seperti ingin mencoret sesuatu di blog yg dh berabuk ini..sejak bangun pagi tadi,inilah benda pertama menerpa fikiran aku selain bermacam2 perkara lain yg akan cuba aku selesaikan satu persatu..
mungkin masih belum terlewat untuk aku ucapkan salam tahun baru walau usai masa berlalu terlalu pantas. umpama buah kelapa gugur. moga tahun baru masihi ini memberi byk kebaikan seperti yg diharapkan.
agak pelik sebenarnya..sesuatu menarik mindaku mencoret sesuatu hari ini. tanggal 10.01.10. susunan angka yg menarik bukan? pasti ada kecantikan dan keharmonian pada tarikh ini. adakah untuk aku?atau untuk kamu? entahlah..bukan aku penentunya..
tahun 2009 telah menjauh detik demi detik. aku xsedar. mungkin kamu juga tidak sedar. setiap kerdipan mata memjauhkn kita drp masa lampau. aku xmahu mengingat. juga xmahu mengungkit segala berlaku. just leave it behind. harapan aku agar yg lalu mengajarku. memberi tamparan untuk aku sedar. membuat aku lebih semangat. bangkit drp kegagalan dan memperbaiki kelemahan. ada yg bertanya, apa azam tahun ini? ringkas jawapku,menjadi terbaik drp tahun lalu. aku juga mahukan diri ini lebih byk sujud kepada Illahi untuk tahun ini. mungkinkah? hanya aku yg mampu...
** kenduri kawin anak kak enon kopok kt sg besar. wedding yg meriah. ada kuda kepang,silat pulut,karaoke n mcm2 lagik la..foods pn sedap..tahniah utk kak enon yg dh ada menantu skrg nie...xlama lagi jadik nenek ler..
~dlm stor~
~madu asli..nasib baik dh kena racun klau x,akule jual!~
- aku sombong?
aku menerima satu sms drp seseorg yg penah memberi ku satu harapan. cuma aku shj yg terlalu mengharap hingga jatuh tertiarap dan malu sendiri. maka aku mula menjauh dan berlalu perlahan2. bukan menghindari cuma aku mengerti tempat dan status aku disisi. jadi pabila dia kembali muncul dan menyatakan aku sombong aku tertempan seketika. aku bukan membenci. cuma ruang itu aku sediakan untuk yg sepatutnya. bak kata org lain, jgn dipeduli apa kata org krn yg merasa diri kita. buat 'dia' yg baik hati, aku bukan sombong. malah perkataan dan sifat itu tiada dalam kamus aku. tanyalah sesiapa yg benar2 kenal empunya nama jay ariel, maka sombong itu memang bukan cermin ku. maafkan kerana sepi. tapi sepi itu indah bila ada yg merindu. sembah salam buat semua.
- aku pemalu?
berjalan bersama rakan2 lama di waktu sekolah dulu mengingatkan kami pada byk kisah. soal cinta monyet(monyet juga pandai bercinta ya?) dan soal zaman yg takkan pernah luput dalam ingatan. maka terkeluarkan cerita sang adam yg amat diminati sang hawa. adam amat pemalu dan hawa ceria orangnya. si adam itu rakan baikku dan hawa jua tempatku meluahkan rasa. bila bicara tentang ini, baru aku sedar bahawa sejak mula meniti alam remaja aku bukan seorang pemendam rasa. kuluahkan segala agar semua tahu. maka pemalu seperti adam yg banyak berdiam bukan aku. selepas pelbagai resah dirungkai, timbul persoalan, masih wujudkan sifat malu dikalangan kita hari ini? jika pakaian semakin ketat dan singkat, ke kelab lebih kerap dari ke masjid atau berpegang tangan adalah wajib bagi bukan muhrim, maka dimana malu? kenapa ia bersembunyi? keluarlah agar dunia sedar akan wujudmu. aku malu pada diriku yg tak tahu malu.
- aku penakut?
benar. aku xmenafikan. semalam sang kejam menakutkan aku dan fara di dalam pejabat. sang kejam?haha..aku xmahu menamakan yg lain2 kerana aku kan penakut. cuma pabila ia bermain wayar lampu hiasan, maka aku dan fara terus mencerahkan malam yg suram dipejabat. gila kn? aku juga takut aku gagal. takut pada pelbagai kemungkinan. takut pada kehilangan. takut pada mati. salahkah aku menjadi penakut? biar aku ditertawa kerana aku peduli lagi. kerana yang berani pasti akan takut juga nanti. cuma sekarang samada aku rasa lelucon bila terdengar ungkapan 'berani mati' kerana ia bukan gambaran yg kita wujudkan. takutkan dirimu sebelum kau benar2 takut.
~muka cuak b4 wat test..siyes aku risau giler time ni~
~ampun~