Blogger Template by Blogcrowds

sms puasa drp kengkawan

Ong
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Moga kita tabah menghadapi segala ujian Allah. semoga segala amalan kita diberkati Allah. moga kita sentiasa dan lebih dekat dgn Allah. doa-doalah selalu. apa sahaja. love u guys, always n forever.

Naza
Salam al mubarak. Selamat berpuasa 1929H. moga Ramadhan ini memperteguh keimanan kita. Amin

Ainul

Assalamualaikum wbt. Buat teman2 yg diingati, selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak. semoga segala amalan kita dibulan puasa ini diterima. amin.

B
sempena Ramadhan yg menjelang, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Selamat berpuasa

Kak As
kian berlabuh tirai Syaaban, lambaian Ramadhan kian dinanti, luhur hati ikhlas amalan, semoga ibadat Allah berkati.

Harm
Let ur iman conquers u, let ur amalan guides u, let ur zikir lights u & be 'almuttaqien'. selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

nana
Dalam rehendahan hati ada ketinggian budi. dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. dalam kelembutan lidah ada jua terlanjur kata. mohon maaf segalanya. selamat berpuasa.

yati
Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya. jika seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya, jika seluruh hari adalah nista maka Jumaat lah penyuciannya dan jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhan lah pemutihannya. Marhaban Ya Ramadhan.. Selamat Berpuasa dan Selamat Bangun Sahur!

hadi
Ya Allah, Ramadhanmu sudah tiba. temukan kami dengannya. kuatkanlah cinta kami pada Ramadhan yg penuh berkat. moga iman dan taqwa kami akan bertambah dengan kehadiran Ramadhan. Mohon maaf dan selamat berpuasa.

wan rosli
Salam Ramadhan al-mubarak. Selamat beramal dan menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan nikmat. semoga ia diberkati dan dirahmati Nya. Insya Allah

adam
As solatu tarawikh rahimakumullah! Allhamuma salli'ala sayyidina Muhammad. Salam Ramadhan Al Mubarrak. Selamat berpuasa.


0 - comments:

Newer Post Older Post Home